24. 'Aku' memutar stereng ke kiri dan menekan brek keretanya sepantas kilat.

25. 'Aku' sedar diri daripada lamunan ataupun tidurnya apabila dia mendengar bunyi hon motosikal itu dan dia sebenarnya tidak pasti jikalau dia sedang berlamunan ataupun sedang tidur pada ketika itu.

26. Dia kurang suka mendengar penerangan daripada penunggang motosikal itu kerana dia berasa penat selepas mendengar hujahnya yang berjela-jela itu.

27. Kenderaan bergerak dengan laju di jalan raya itu dan bahawa ada juga pemandu yang mengekori kenderaan di hadapan dengan dekat dan jikalau 'Aku' berhenti secara mendadak, keretanya mungkin disondol. Cuaca yang panas terik juga sering membuat pemandu seperti 'Aku', cepat berasa letih dan hilang tumpuan semasa memandu di jalan raya.

28. 'Aku' patut berasa bersalah tehadap Osman kerana dia telah salah-sangka niat baik Osman apabila dia menghulurkan bantuan kepadanya untuk menolong memeriksa keretanya itu dan juga bahawa walaupun dia telah membenarkannya berbuat demikian, dia tetap berasa curiga terhadap Osman. Tambahan pula, selepas Osman telah menolong memperbaiki keretanya itu, dia tidak menerima duit yang 'Aku' telah hulurkan kerana sebenarnya dia melakukan itu secara ikhlas tetapi selama itu, 'Aku' berfikir bahawa Osman sebenarnya mempunyai niat yang jahat apabila dia menawarkan bantuan dan bahawa dia akan menyuruh 'Aku' membayarnya wang yang banyak selepas memperbaiki keretanya.

29. secara tiba-tiba
30. dilanggar
31. penerangan yang berpanjang-panjangan