Picture

Apakah Serangan Jantung?

Serangan jantung adalah suatu kondisi ketika kerusakan dialami oleh bagian otot jantung akibat mendadak sangat berkurangnya pasokan darah ke bagian otot jantung. Biasanya akibatnya ialah kerana penyekatan aliran darah ke jantung seperti oleh lemak, kekurangan darah beroksigen ke jantung dan juga jantung memerlukan darah yang lebih banyak dari biasa. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung. Serangan jantung terjadi apabila aliran darah ke bahagian otot jantung tersumbat, sekiranya aliran darah ini tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian otot jantung menjadi rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Meskipun peranan jantung merupakan pam darah beroksigen ke seluruh badan, otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh arteri koronari.




Picture
Jika ada endapan substansi seperti lemak pada lapisan otot dari dinding arteri , lapisan ini akan menjadi tebal. Akibatnya, arteri menjadi sempit yang mengakibatkan terjadinya tekanan darah, perdarahan dan pembekuan darah pada arteri. Hal ini mengakibatkan fungsi jantung mengalami kelainan dan disebut serangan jantung.

Punca-Punca Serangan Jantung

Kesan pemakanan yang tidak seimbang dan berlebihan makanan ini boleh menyebab sakit jantung.
Ada pelbagai faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan antara punca utama kerosakan otot jantung ialah penyakit kardiovaskular iaitu kesempitan pembuluh darah dengan lemak melalui proses arterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat.Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya mati atau rosak. Apabila ia rosak, sebahagian daripada jantung akan berparut dan tidak berfungsi. Berikutan itu, lama-kelamaan jantung akan membengkak dan seseorang itu akan mengalami kegagalan jantung. Penyakit jantung koronari ialah penyakit arteri koronari. Arteri koronari ialah pembuluh darah yang membekalkan jantung dengan darah bagi membolehkannya mengepam darah. Apabila deposit lemak berkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada atau angina atau serangan jantung. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dikenali sebagai arterosklerosis.


Gejala Penyakit Jantung

Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:

a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada b. Berat pada dada c. Senak dada d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini. Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

  1. Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  2. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:

a. Berpeluh-peluh
b. Rasa lemah badan
 c. Sakit pada hulu hati
d. Pening kepala
e. Pengsan Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).